Peribahasa

Peribahasa

18/11/2011 09:16

 

Berikut ialah soalan-soalan peribahasa SPM mengikut tahun.

 

 

Soalan SPM 2004

Soalan : Senaraikan tiga peribahasa yang bersesuaian berdasarkan ayat-ayat di bawah ini. 

Perpaduan rakyat menjadi tonggak kegemilangan negara Malaysia. Mereka saling membantu antara satu sama lain. Mereka amat sedar bahawa pada masa ini sikap negatif akan menyukarkan kerajaan untuk menyatupadukan rakyat. Sekiranya hal ini wujud, maka tiada sesiapa pun yang untung. Sebalinya mereka akan kehilangan segala-galanya.

 

 

************************************************

Soalan SPM 2005

Soalan : Senaraikan tiga peribahasa yang bersesuaian berdasarkan ayat-ayat di bawah ini. 

  1. Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
  2. Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
  3. Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

 

*************************************************

 

 

Soalan SPM 2006

 

Soalan :Baca dialog di bawah dengan teliti kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

 

Amir     :  Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

 

Sofea    : Yalah, bukan itu sahaja! Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul.

 

Amir     : Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ____(i)____.

 

Sofea    : Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik, bak kata pepatah                            ____(ii)_____.

 

Amir     : Saya bersetuju dengan pendapat kamu. Media massa dapat menyalurkan idea dan kritika dengan lebih berkesan kerana ___(iii)___.

 

*************************************************

 

 

Soalan SPM 2007

 

Soalan :Berikan maksud peribahasa di bawah.

(i) Bahasa Jiwa Bangsa

(ii) Bagai dakwat dengan kertas

(iii) Seperti air dalam kolam

 

*************************************************

 

 

Soalan SPM 2008

 

Soalan : Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Bagai menatang minyak yang penuh

(ii) Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau

(iii) Hati gajah sama dilapah hati kuman sama dicecah

 

 

*************************************************

Soalan SPM 2009

 

Soalan :  Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai bagi mengisi tempat kosong dalam dialog tersebut.

 

Ayah        : Syafik, jagalah diri haik-baik ketika di rantau orang. Di sana nanti sesuaikan diri dengan budaya dan adat resam mereka. Ikutlah nasthat orang tua-tua, iaitu ________(i)_______

 

Syafik      : Terima kasih ayah. Saya akan sematkan nasihat ayah itu dalam hati saya.

 

Ayah        : Di luar negara nanti ayah berharap Syafik belajarlah rajin-rajin. Setelah berjaya kelak, berkhidmatlah kepada negara ini kerana kerajaan memerlukan tenaga muda untuk membangunkan negara, bak kata peribahasa _______(ii)_________

 

Syafik      : Saya tidak lupa akan nasihat ayah itu.

 

Ayah       : Satu lagi, jika ada peluang, jelajahilah negara orang dan timbalah pengalaman sebanyak banyaknya kerana _________(iii)_________

 

 

*************************************************

Soalan SPM 2010

 

Soalan : Senaraikan tiga peribahasa yang bersesuaian berdasarkan ayat-ayat di bawah ini. 

 

         Sekolah merupakan institusi formal yang mampu melahirkan modal insan yang akan memajukan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru-guru hendaklah menjalin hubungan yang erat dengan murid-murid di samping bekerja sama bagai ___________(i)__________.

         Selain itu, mereka perlulah berusaha dengan gigih dan rajin untuk menempa kecemerlangan kerana ________(ii)__________ . Sebagaimana yang diketahui, resepi kejayaan seseorang murid ialah permuafakatan antara guru dengan ibu bapa dalam melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan prestasi murid-murid dalam akademik. Apabila bermuafakat, sesuatu kejayaan mudah diperoleh kerana ________(iii)__________.

 

 

  • Kamu boleh muat turun jawaban dan senarai peribahasa di bahagian Muat Turun
>>

Blog Pertama

22/06/2011 02:32

Ini ialah catatan pertama untuk blog ini. 

>>

Tatabahasa

Ayat Songsang

25/04/2012 08:52
Menukarkan ayat kepada ayat songsang
>>

Cakap Ajuk dan Cakap Pindah

18/11/2011 09:38
  Cakap Ajuk Cakap ajuk adalah berbentuk dialog. Contoh : "Abu, mari kita makan nasi di kantin", ajak Ali "Mari kita pergi", kata Abu                    atau Ali : Abu, mari kita pergi makan nasi di...
>>

Ayat Aktif & Ayat Pasif

18/11/2011 09:37
   Ayat Aktif Dapat dikenalpasti melalui penggunaan imbuhan 'me-, mem-, men-' di hadapan kata kerja Contohnya : Ahmad menendang bola itu menendang --> kata kerja dengan imbuhan 'me-'.    Ayat Pasif Dapat dikenalpasti...
>>

Karangan

Karangan Cair Otak

18/11/2011 09:40
  Baca karangan di bawah ini dan cuba cari kesalahan yang wujud.     Soalan : Ceritakan pengalaman anda menyaksikan kemalangan yang mengerikan. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami...
>>

Search site

© 2011 All rights reserved.